Category: Umum

Kad Raya Aidiladha

Kad Raya Aidiladha

05/11/2011 | Comments (0)

Sempena ketibaan hari raya Aidiladha, saya ingin menghadiahkan kepada para pembaca blog ini beberapa kad raya digital Aidiladha ini untuk sama-sama kita gunakan bagi mengirimkan ucapan raya kepada rakan-rakan. Semoga anda semua menyukainya. Terdapat dua jenis kad iaitu yang ada animasi dan kad raya yang biasa. Pilihlah yang mana anda suka untuk share dengan rakan-rakan. [...]

Read More

Kesilapan Di Hari Raya Yang Boleh Mendatangkan Dosa

Kesilapan Di Hari Raya Yang Boleh Mendatangkan Dosa

28/08/2011 | Comments (2)

Aidilfitri yang disambut dengan penuh kemuliaan adakalanya bertukar menjadi saham dosa. Perkara ini berlaku kerana sikap kurang prihatin terhadap sesetengah amalan yang dilakukan sepanjang musim perayaan. Jom semak kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di bawah untuk mengelakkan kita dari mengamalkannya. Semoga Aidilfitri yang mendatang dipenuhi keberkatan dan rahmat dari Ilahi. InsyaAllah..

Read More

Kad Raya Kartun Muslimah (Untuk Ahli)

Kad Raya Kartun Muslimah (Untuk Ahli)

26/08/2011 | Comments (1)

Buat ahli blog saya, kali ini saya akan hadiahkan kepada anda kad raya muslimah. Kad raya ini disediakan dengan file PSD iaitu file Adobe Photoshop. Dengan itu boleh letakkan nama, ucapan dan ubah rekabentuk grafik kad ini sesuka hati. Terdapat 10 kad semuanya. Buat pembaca blog biasa, saya berikan 2 kad percuma di bawah untuk [...]

Read More

Titisan Air Mata Kerana Tangan Si Ibu

Titisan Air Mata Kerana Tangan Si Ibu

16/08/2011 | Comments (1)

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu [...]

Read More

Wallpaper Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2011

Wallpaper Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2011

11/08/2011 | Comments (0)

Alhamdulillah… Kita telah melalui beberapa hari ibadah puasa di tahun 2011. Syukur kepada Allah kerana sehingga kini kita masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan ibadah ini. Kali ini saya ingin menghadiahkan kepada semua pembaca blog ini wallpaper Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1431 / 2010 M yang di rekabentuk dan dilukis oleh [...]

Read More

Cara-cara Melayan Suami

Cara-cara Melayan Suami

30/07/2011 | Comments (4)

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan [...]

Read More

Bertudung Tetapi Memikul Dosa

Bertudung Tetapi Memikul Dosa

17/07/2011 | Comments (9)

Saya pernah membaca petikan seorang artis yang menjawab soalan tentang pandangannya berkaitan pemakaian tudung. Soalan itu ditanya kepada beliau kerana beliau berlakon menjadi seorang gadis alim yang memakai baju kurung sopan lengkap dengan tudung. Ulasan beliau lebih kurang begini:

Read More

Dosa Pahala Facebook Kita Sebelum & Selepas Mati

Dosa Pahala Facebook Kita Sebelum & Selepas Mati

16/07/2011 | Comments (6)

Hari ini hampir semua orang di antara kita punyai akaun Facebook. Namun berapa orang yang menilai dan mengambil berat tentang sumbangan saham pahala atau dosa yang sedang berjalan dari profile Facebook masing-masing? Ada orang berkata, ‘Eh, aku main FB suka-suka jer, tak kan berdosa kot?’. Kita harus faham setiap saat dalam hidup, kita tidak akan [...]

Read More

Saya Dah Tak Nakal Lagi Mak…

Saya Dah Tak Nakal Lagi Mak…

07/05/2011 | Comments (1)

Mak….. Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari….. Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih…. Mak tau tak….. itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa….. dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak [...]

Read More

Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk Siapa?

Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk Siapa?

28/03/2011 | Comments (6)

Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita [...]

Read More

Adakah Tsunami Di Jepun Merupakan Perkara Yang Kelakar?

Adakah Tsunami Di Jepun Merupakan Perkara Yang Kelakar?

17/03/2011 | Comments (11)

Seluruh dunia sedar akan kedahsyatan Tsunami yang melanda Jepun. Dunia sedang sibuk membicarakannya atas dasar kemanusiaan. Namun tidak bagi sesengah orang kita di Malaysia. Kita tidak hairan dengan golongan yang tidak mengambil berat tentang hal ini. Mungkin ini sikap biasa masyarakat kita. Tetapi kita cukup kesal apabila akhbar tempatan melihat keadaan ini seolah-olah boleh dijadikan [...]

Read More

Ulasan Tentang Kisah Cinta Nabi Muhammad & Siti Khadijah

Ulasan Tentang Kisah Cinta Nabi Muhammad & Siti Khadijah

16/03/2011 | Comments (2)

Sejarah percintaan baginda Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah telah banyak memberikan inspirasi kepada umatnya. Saya sendiri sering mengambil contoh kisah percintaan baginda sebagai panduan dalam bercinta dan memilih bakal isteri. Dengan mengikuti, memahami dan menghayati kisah cinta baginda, kita dapat pelajari banyak perkara yang akan menjadi sumber kekuatan kita dalam melayari hidup sebagai hamba-Nya. [...]

Read More

Asal Usul Raihan, Hijjaz & Rabbani

Asal Usul Raihan, Hijjaz & Rabbani

16/03/2011 | Comments (6)

Pada suatu petang di era 80 an, sekumpulan anak-anak muda di Kampung Sungai Penchala berkumpul di dalam sebuah gelung (saluran air). Mereka berkumpul bukannya untuk bergosip dan melepak membuang masa. Tetapi misi mereka ketika itu sangat bermakna dan menjadi pencetus kepada satu perjuangan yang kekal sehingga kini. Mereka merakam album yang pertama di sebuah gelung [...]

Read More

Kenapa Tetamu Bagi Duit Ketika Menghadiri Kenduri Kahwin?

Kenapa Tetamu Bagi Duit Ketika Menghadiri Kenduri Kahwin?

13/03/2011 | Comments (3)

Mungkin perkara ini telah menjadi adat yang ramai orang buat tapi tak ramai orang tahu apa sebabnya. Sehingga adakalanya sesetengah orang berkata ‘Buat kenduri ke buka kedai makan?’, dari pihak pengajur majlis pula kadang-kadang terpaksa menolak dengan berkata ‘Tak payah bagi duit..Kami buat majlis kesyukuran..Bukan nak minta dibayar.”. Bermacam-macam tanggapan yang keluar apabila tidak faham [...]

Read More

YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib, Surat Ini Untuk Tuan.

YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib, Surat Ini Untuk Tuan.

08/03/2011 | Comments (9)

Saya agak ‘terkesan’ setelah membaca surat yang ditulis oleh seorang remaja berusia 19 tahun (berdasarkan sumber) untuk perdana menteri ini. Surat ini ditujukan khas kepada perdana menteri Malaysia sekarang iaitu YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Terdapat pelbagai andaian dan pendapat tentang kesahihan dan pengisian surat ini. Ada yang berkata [...]

Read More

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.

06/03/2011 | Comments (9)

Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang [...]

Read More

Kematian Amid…

Kematian Amid…

28/02/2011 | Comments (4)

Nota: Ini ialah sambungan artikel bertajuk ‘Muntahlah Atas Tangan Amid..’. Baca artikel itu dahulu untuk memahami kisah ini. Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar. Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang. Ketika itu, langit sudah [...]

Read More

Muntahlah Atas Tangan Amid…

Muntahlah Atas Tangan Amid…

28/02/2011 | Comments (3)

17 tahun dulu. PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin. “Kenapa kau nak berhenti sekolah?” soal saya. Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama. “Amid [...]

Read More

Kenapa Perlu Mengumpul Saham Akhirat & Bagaimana Caranya?

Kenapa Perlu Mengumpul Saham Akhirat & Bagaimana Caranya?

21/02/2011 | Comments (2)

Mungkin ramai yang tahu bahawa saham akhirat perlu dikumpul dengan melakukan amal soleh supaya dapat memiliki syurga dan menghindari diri dari api neraka. Tetapi cukupkah amalan yang kita lakukan sepanjang hidup ini untuk menampung dosa-dosa yang pernah kita lakukan samada dalam sedar ataupun tidak? Kaya pahala di dunia belum tentu kaya juga di akhirat kelak. [...]

Read More

Emak Mertua Benci Sehingga Menggunakan Sihir, Apa Perlu Saya Buat?

Emak Mertua Benci Sehingga Menggunakan Sihir, Apa Perlu Saya Buat?

15/02/2011 | Comments (10)

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah soalan dari pembaca blog ini. Saya amat simpati dengan peristiwa yang berlaku kepadanya. Saya tidak memberikan sebarang jawapan di sini, saya mahu tahu apakah pendapat dan pandangan para pembaca sekalian. Semoga ada di antara pembaca sekalian dapat memberikan pandangan yang sebaiknya, InsyaAllah.. Soalan: Assalamualaikum.. Di sini ada persoalan yang [...]

Read More

Switch to our mobile site