Kesalahan Ejaan yang Kerap dilakukan oleh Pelajar… Dan Blogger?

| 26/04/2010 | Comments (5)

  • Sharebar

Kali ini saya akan senaraikan beberapa kesalahan ejaan yang sering dilakukan oleh pelajar. Bagaimanapun rasanya saya juga tergolong di kalangan orang-orang yang sering salah dalam mengeja perkataan-perkataan di bawah. Meskipun pernah menjadi guru bahasa Melayu, saya sendiri tidak terlepas dari membuat silap. Yelah, dah manusia mana ada yang sempurna. Saya sebenarnya lebih mahir dalam bidang lukisan berbanding dengan penulisan…oh…

Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan:ejaan

KESALAHAN…………………………PEMBETULAN
i) *Kebanyakkan……………………… kebanyakan
ii) *berkerjasama…………………….. bekerjasama
iii) *kadang-kala……………………….kadangkala
iv) *penyalah gunaan………………..penyalahgunaan
v) * Disamping itu……………………..Di samping itu
vi) *kerosakkan…………………………kerosakan
vii) *anti-merokok…………………….antimerokok
viii) *serious…………………………….serius
ix) *terguris……………………………..tergores
x) *seringkali …………………………..sering kali
xi) *biadap……………………………….biadab
xii) *television………………………….televisyen
xiii) *penguatkuasa……………………penguat kuasa
xiv) *dairi ……………………………….diari
xv) *barang kali………………………..barangkali
xvi) *mengulangkaji…………………..mengulang kaji
xvii) *menyosalsiasat………………..menyoal siasat
xviii) *bersatu-padu…………………..bersatu padu
xix) *ibu-bapa…………………………..ibu bapa
xx) *pasca kemerdekaan…………….pascakemerdekaan

Inilah antara ejaan yang sering menjadi kesalahan utama dalam penulisan karangan. Selepas ini cubalah buat rujukan dahulu jika tidak pasti cara mengeja perkataan-perkataan di atas dengan betul. Hehehe…
Terima kasih kepada: Minda. Sastera. Bahasa

Blog Widget by LinkWithin

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Pendidikan, Tip & Panduan, Umum

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Akan Datang Dari Blog ini Terus ke Email Anda:

  • Comments (5)

    Trackback URL | Comments RSS Feed

    1. Fida says:

      Salam…selalunya bila nak cepat..memang selalu salah eja dan taip…
      .-= Fida menulis diblognya tentang.. Did u know…..? =-.

    2. Suri says:

      salam..lama menyepi..
      ibunya msh sakit lgi ke??
      yelah..
      suri pun kekadang slu salah gak..huhu..jika begina kena selalulah baca buku dengan perlahan2 bukan macam keretapi..kiki ;)
      .-= Suri menulis diblognya tentang.. “Apa kamu buat dengan Ayat Syifa?” =-.

      • wanwma says:

        Alhamdulillah suri..ibunya dah semakin sembuh..dah boleh jalan..cuma badannya kurang sihat, tak ada tenaga sangat.

        hehe..betul dah apa yg suri katakan itu..

    3. zik says:

      alamak memang ada salah banyak nie… kalau cikgu BM tengok blog zik nie..mau kena rotan… itu belum lagi yang termixed english.. alamak..
      .-= zik menulis diblognya tentang.. Ajaran sesat di malaysia semakin parah! =-.

    4. donnyien says:

      Haha..Alamak selalu buat kesalahan ini walaupun keputusan BM aku akag baik..tQ sbb share benda ni Wan ye.
      donnyien menulis di[type]nya tentang.. Monthly Bandwidth Transfer Red alert-

    Leave a Reply




    If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

    CommentLuv badge

    Switch to our mobile site