Hantaran Pertunangan

| 28/01/2010 | Comments (9)
  • Sharebar

Ehem..ehem..apabila saya membuat entri ini, tentu ada saja rakan-rakan nakal yang akan mengusik saya. Maklum la saya ni masih membujang..hohoho..sebenarnya entri ini pernah saya keluarkan dalam blog lama saya. Saya sengaja update kembali di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Bagi mereka2 yang masih membujang seperti diri ini, boleh la planning slow2 untuk masuk meminang mana2 gadis idaman hati, tak payah la nak couple2, ni hah…saya nak kongsi barang2 yang diperlukan untuk masuk meminang…barang2 ni semua bukanlah suatu kewajipan untuk dipenuhi. Ia sekadar adat masyarakat kita. Maklumat ni saya dapat dari sini.

Untuk sebarang persediaan barang hantaran, perkara yang perlu diambil kira juga adalah budget kewangan yang anda sedia keluarkan untuk membeli barang yang ingin dihadiahkan.

Mengikut adat pula, kalau pihak lelaki hadiahkan 5 dulang, pihak perempuan pula balas dengan 7 dulang. Kiraan ganjil dan mestilah hantaran pihak perempuan lebih daripada pihak lelaki.

Disini saya sertakan senarai barang yang sesuai untuk majlis pertunangan. Selalunya kita berikan hadiah yang nanti kita boleh gunakan semula untuk majlis perkahwinan – contohnya kain pasang untuk lelaki/perempuan boleh dibuat baju nikah (kalau tak nak sewa).

Hantaran pihak lelaki

1. Cincin merisik
- tak wajib, tapi elok ada – cincin belah rotan pun sesuai

2. Cincin tunang
- sekarang ni selalunya boleh ajak buah hati beli sama-sama, biar dia pilih sendiri. tapi kalau nak surprisekan si dia pun boleh juga.

3. Tepak sirih
- kalau budget lebih boleh bagi terus tepak sirih tu, kalau budget kurang boleh sewa dan bagi buat syarat – nanti lepas dua tiga hari majlis; minta si dia pulangkan balik.

4. Baju sepersalinan
- Kain 4 meter yang belum dijahit ataupun baju sepasang yang dah siap.
- pilih warna yang sama supaya nanti anda berdua bila pakai baju tersebut sepasang gitu.
- kalau si dia pakai tudung, boleh hadiahkan tudung sekali.

5. Makanan
- kuih-muih, pulut kuning atau kek

6. Buah

7. Coklat atau manisan lain seperti gula-gula/halwa.

Hantaran pihak perempuan

1. Sirih junjung
- sebagai membalas tepak sirih tadi. Andaikata pihak lelaki bawa sirih junjung, tak apa kita boleh balas dengan sirih junjung juga.

2. Baju sepersalinan
- kain pasang untuk buat baju melayu atau baju melayu siap, warna yang sama.

3. Kain songket
- ini boleh buat samping pakai dengan baju melayu

4. Songkok
- juga boleh pakai sekali dengan baju melayu

5. Makanan
- kuih-muih

6. Buah

7. Coklat atau manisan

8. Kek

9. Potpouri / bunga rampai

Blog Widget by LinkWithin

Tags: , , , , , ,

Category: Umum

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Akan Datang Dari Blog ini Terus ke Email Anda:

  • Comments (9)

    Trackback URL | Comments RSS Feed

    1. white02 says:

      hurmm bile pulak giliran si teruna nih~
      heee3x..
      .-= white02 menulis diblognya tentang.. Sharing in Marriage =-.

    2. Mus says:

      boleh dirujuk bagi sesiapa yang nak kawen..
      .-= Mus menulis diblognya tentang.. Awas! Gajah Melintas (Jalan Sepulut-Kalabakan) =-.

    3. Mantra says:

      Bagus juga ni….
      dah nak dekat melangkah ke alam perkahwinan juga nie :)

    4. titan says:

      emm..bagus nih. kena ambil tahu jugak nih..
      .-= titan menulis diblognya tentang.. Komisen ke 44 dari TNX =-.

    5. Suri says:

      ALAH EMAK kawin kan daku??uhuhu

      apa nak buat dah adat bertunang semua kena siap serba serbi..hehe

      ha! wan dah nak tunag ke dgn sapa ek?
      meh sini suri tolong gubahkan hantaran wan tu..hehe..
      jgn marah tuan rumah suri bergurau je ;) nice post..

      Blog CC: anai2 & warna

    6. norfarahin says:

      assalamualaikum….
      terima kaseh krna bkongsi….
      insyaALLAH….boley diguna pakai bila masanya tiba…huhuhuhu.(^_^)

    7. mil says:

      thx for website. tp nk tny nie. sy nk b’tng bln 12 nie. masalahnya bkl tng sy bkn org kite. dr segi preparation sebelah dier tu x tau nk wat cmne. leh tlg x?

    8. Wan says:

      Maaf, saya pun tak tahu macm mana preparation utk org luar…
      Wan menulis di[type]nya tentang.. Hukum Melukis Kartun & Komik Untuk Berdakwah

    Leave a Reply




    If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

    CommentLuv badge

    Switch to our mobile site