Menguruskan Kerja Menggunakan Peta Minda

| 19/02/2010 | Comments (21)

  • Sharebar

Tentunya pembaca blog WanWMA adalah orang-orang yang sentiasa memandang ke depan dan mempunyai idea, rancangan, strategi dan pelbagai tugasan yang direncanakan. Keadaan ini memaksa kita sentiasa merancang tugasan dengan teliti dan kemas.

Mungkin setiap orang di antara kita mempunyai corak yang berbeza dalam mengendalikan idea dan pengurusan kerja masing2. Bagaimanapun saya ingin kongsikan satu cara yang mungkin praktikal untuk sama-sama kita gunakan iaitu dengan menghasilkan Mind Map atau Peta Minda.

MindMapSmaller

Jika Peta Minda yang dihasilkan menggunakan kertas dan pen itu adalah perkara biasa yang anda dah pun tahu, apa yang ingin saya kongsikan ialah Peta Minda yang menggunakan komputer.

MindMappingBig

Terdapat beberapa perisian yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan Peta Minda yang cantik dan kemas seperti Peta Minda di atas, namun sesetengah perisian yang membantu anda menghasilkan rekabentuk Peta Minda yang cantik dan mudah di fahami adalah perisian berbayar. Jika anda tidak mahu mengeluarkan wang, anda boleh memilih aplikasi percuma! Di sini saya akan senaraikan 3 jenis aplikasi yang boleh anda gunakan:

Freemind

Ia adalah perisian percuma yang anda boleh download dan gunakan dalam komputer anda. Klik di sini untuk dowload. Lihat video di bawah untuk pelajari cara menggunakannya!

YouTube Preview Image

Bubbl.us

bubbl logo

Sebuah aplikasi internet yang membolehkan anda menghasilkan Peta Minda secara online dan kongsikan dengan rakan-rakan anda. Menariknya ialah kerana ia percuma! Klik di sini untuk ke web site bubbl.us. Lihat video di bawah untuk pelajari cara-cara menggunakannya.

YouTube Preview Image

MindJet

mindjetLogo

Mindjet adalah perisian berbayar yang agak mahal. Namun ia dikatakan ‘Leader’ dalam bidang ini. Mungkin kerana perisian Minjet amat berkuasa dan sangat efektif. Saya juga menggunakan Mindjet (macam biasa la, pakai torrent..hoho). Tonton video promo dan demonya di bawah.

YouTube Preview Image

Blog Widget by LinkWithin

Category: Informasi, Internet, Pendidikan, Pengurusan, Teknologi

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Akan Datang Dari Blog ini Terus ke Email Anda:

  • Comments (21)

    Trackback URL | Comments RSS Feed

    1. Suri says:

      salam..
      hai..bagus benar info ni. nampaknya akan bertambah lagilah ilmu suri disini. Thanks wan..hehe..

    2. azizan4444 says:

      bila bace tentang peta minda ni..teringat kembali zaman sekolah dulu…cikgu2 slalu je suruh bt peta minda utk nita..hehee

      info menarik tuk dikongsi ni bro..

    3. 1tomyam says:

      waah bagus sangat info ni…nak kena praktik ni, sekarang memory dah tak berapa kuat dah…huhuhu
      .-= 1tomyam menulis diblognya tentang.. Kemaskini Terkini Karnival Wow Putrajaya : Bunga Api, Mini Cycle Hunt Dan Pertandingan Wayang =-.

    4. zik says:

      peta minda nie bagus sebab dia bagi kita cepat ingat melalui gambar dan lebih senang dibaca untuk kita buat presentation dan sebagainya
      .-= zik menulis diblognya tentang.. Perkara-perkara Sunat Hari Jumaat =-.

      • wanwma says:

        Betul tu Zik, ia banyak membantu! Cuma dulu mungkin org malas menghasilkan peta minda kerana ia agak cerewet. Tapi sekarang tidak lagi, dah ada pelbagai perisian yg mudah digunakan!

    5. DaHLia says:

      nampak entry ni, terus teringat nk donlod mindmap…
      dah suh student wat mindmap utk pelajaran diorang…
      tapi cikgu pun kenalah tunjukkan yg cikgu ada buat kan..
      thanks bro sbb igtkan sis :)
      .-= DaHLia menulis diblognya tentang.. Aku dah bela seekor tikus yang comel dan unik !!! =-.

      • wanwma says:

        sama-sama…sebenarnya sy juga baru menggunakan mind map ni. kerja dah terlalu byk dan berserabut! tak tau macam mana nak uruskan, nasib baik terfikir kembali pasal mind map! selesai segala masalah berkaitan!

    6. mijie says:

      sebut jer pasal peta minda mesti teringat time sekolah dulu

      sekarang ni jarang buat peta minda, selalunya tulis dalam bentuk point2 jer kat kertas, huhuh

    7. titan says:

      yap. aku memang suka pakai peta minda. Lagi senang dan mudah nak ingat. Sejak darjah satu lagi aku dah buat. Mula-mula aku tak tahu apa yang aku buat. Sekali ada cikgu bagitau apa yg aku buat tu “mind mapping”..menda tu? peta minda la..
      .-= titan menulis diblognya tentang.. Komisen ke 44 dari TNX =-.

      • wanwma says:

        nampaknya titan dah ada bakat mencipta idea pengurusan tersendiri sejak dibangku sekolah! hoho..memang berbakat!

    8. Suri says:

      salam..
      family semua sihat??
      bila wan cakap pasal peta minda teringat akan suri peta minda masa kay sekolah dulu..huhu..penuh dengan kala yang berwarna-warni..

      appa nak buat sb itulah kerja seorang pelajar…belajar & terus belajar..

      terima kasih atas maklumat wan diatas.manfaat buat suri dan rakan2 yg lain jua

      • wanwma says:

        Keluarga kurang sihat..adik perempuan deman, mak masih baru kena stroke,badannya sihat, cuma tak leh gerak jer..apa pun syukurlah…

        Memang peta minda sangat sinonim dgn zaman persekolahan! hehehe..

    9. fana164 says:

      wahhh..rindu nak buat peta minda..
      even skng masihblaja, tapi dah lama xbuat hehe
      .-= fana164 menulis diblognya tentang.. ~Bila Manusia Hanya Tahu Mencari Kelemahan~ =-.

    10. Suri says:

      ujian, kuatkan daya memori, kerja cepat siap..huhu semuanya memerlukan perancangan yang teliti..moga dengan andanya peta minda ini maka kita setiap kerja yang kita lakukan akan terancang ;)

    11. RyuTsubasa says:

      Salam, Mindjet tu ada serial key tak? boleh share. :D

    Leave a Reply




    If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

    CommentLuv badge

    Switch to our mobile site