Adakah Kita Sedang Menyertai Program Buat Duit Yang Haram?

| 27/02/2010 | Comments (21)

  • Sharebar

Sejak kebelakangan ini terdapat terlalu ramai rakan2 FB saya menyertai program buat duit di internet. Saya amat gembira dgn usaha masing2 dalam mencari rezeki dan pendapatan sampingan.

Namun adakah program yang disertai itu disahkan oleh majlis fatwa kebangsaan? Atau dengan kata lainnya adakah ia HALAL?

Selama ini ramai org tertipu dgn skim cepat kaya. Mungkin skim cepat kaya nampak begitu terserlah PENIPUANNYA apabila peserta tidak mendapat pulangan. Berbeza pula dgn program buat duit yang yg amat hebat pengaruhnya di FB sekarang. Hampir semua peserta mendapat pulangan wang. Dan ini meyakinkan lagi kepercayaan mereka terhadap program yg disertai. Persoalannya, adakah progam itu sah dari segi undang2 dan HALAL dari segi syarak?

halam atau haram

Ramai yg salah tanggapan bahawa apabila menyertai program buat duit yang dapat menjana keuntungan itu adalah program yg sah. MENDAPAT PULANGAN WANG @ KEUNTUNGAN TIDAK MENJAMIN PROGRAM ITU SAH @ HALAL!

Selama ini mereka menjana keuntungan dengan apa? Dari mana datangnya WANG yang menjadi sebutan mereka itu? Adakah dari PENJUALAN PRODUK? ATAU DARI KEMASUKAN AHLI?

Mungkin terdapat produk yg disertakan bersama apabila mereka membayar yuran AHLI. TETAPI ADAKAH MEREKA MASUK KERANA MAHU MEMBELI PRODUK ATAU MAHU MENJANA WANG SEMATA-MATA DENGAN MEREKRUK AHLI BARU?

FIKIR BETUL-BETUL! KERANA DI SITU TERLETAK DUA PERBEZAAN YANG AMAT KETARA DI MANA SATU DARIPADANYA HALAL DAN SATU LAGI HARAM!

Saya mahu tanya anda, LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100 adalah satu iklan PENJUALAN PRODUK @ SISTEM MANIPULASI WANG?

Jika ia merupakan SISTEM MANIPULASI WANG, APAKAH YANG SEDANG ANDA JUAL? ADAKAH BERLAKU AKAD JUAL BELI YANG SAH? ADAKAH ANDA SEDANG MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN KEMASUKAN AHLI-AHLI BARU? JIKA BENAR, IA TIDAK SAH DI SISI SYARAK!

Mungkin saya bukanlah orang yang tepat dalam MENJATUHKAN HUKUM, namun KENYATAAN SAYA JELAS DARI HUKUM YG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS FATWA AL-LAJNAH AD-DAIMAH ARAB SAUDI NO 15/192-193.

Saya tidak kata HUKUM INI UNTUK PRORAM “LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100″ semata-mata, TETAPI IA TERMASUKLAH PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG SEUMPAMANYA!

JIKA ANDA MENYERTAI SALAH SATU DARIPADANYA, ANDA TAHU APAKAH SISTEM YANG DIGUNAKAN DAN ANDA BOLEH BUAT PENILAIAN SENDIRI YANG LEBIH TEPAT!

Namun, sebelum membuat penilaian, LENGKAPKANLAH DIRI DGN ILMU BERKAITAN HAL-HAL TERSEBUT DAN SEGALA HUKUM BERKAITAN DENGANNYA!

Saya tahu ada dikalangan kita DAPAT MENJANA KEUNTUNGAN RIBUAN RINGGIT, namun apakah faedahnya jika ia adalah hasil yang TIDAK SAH?

Renungkan kembali, kadang2 kita suka cara yg mudah untuk mendapatkan wang sehingga kita lupa untuk membuat kaji selidik dan penilaian berdasarkan Al-Quran dan hadis atau fatwa NYATA yang telah disepakat oleh para ulamak seluruh dunia.

Samada dari sudut PESERTA mahu pun PENCIPTA proram, semak balik sistem yang sedang anda gunakan. Saya JELAS dengan sistem seumpama ini kerana PERNAH TERLIBAT MENGHASILKANNYA SUATU MASA DAHULU. Namun ia gagal dilancarkan kerana sedar ia tidak sah di sisi syarak selepas membuat rujukan dgn mereka yg bertanggungjawab!

Mungkin penerangan saya tidak begitu detail untuk dijadikan pegangan, bagaimanapun anda boleh semak keterangan panjang lebar yang jelas dikeluarkan oleh Ustaz Zaharuddin dalam blog beliau: http://www.zaharuddin.net

ARTIKEL : Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100. Penilaian dan pendapat oleh Ustaz Zaharuddin.

Semoga perkongsian maklumat ini menjadi panduan kepada kita semua untuk menilai kembali rezeki yang sedang kita cari. Jangan melenting dan melihat pesanan ini dari sudut negatif, jika saya SALAH, saya mohon maaf.

Namun jika saya BETUL, saya rasa amat bersalah jika tidak kongsikan maklumat ini dengan anda semua, sahabat seagama saya.

Sekian saja…

Blog Widget by LinkWithin

Tags: , , , , , , ,

Category: Agama, buat duit, Informasi, Internet, Isu Semasa, Perniagaan, Perniagaan Internet, Perniagaan Konvensional, Perniagaan MLM, Soal Jawab, Umum

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Akan Datang Dari Blog ini Terus ke Email Anda:

  • Comments (21)

    Trackback URL | Comments RSS Feed

    1. Sis Lina says:

      salam..

      dah bc dah artikel dr ustaz zaharuddin tu..nak kene cr more details dulu la ttg biz yg sy join ni even dulu penah dpt info kata biz ni ok..hu3..

    2. zik says:

      sebelum join2 apa program, kena rujuk kepada yang pakar… dan selidik/ research yang mendalam…
      .-= zik menulis diblognya tentang.. Futsal! =-.

      • wanwma says:

        Betul sekali nasihat itu! Cuma kadang2 ada org terlupa utk membuat kajian setelah melihat kejayaan rakan2 mereka yg terlibat…

    3. 1tomyam says:

      betul tu bro, setuju sangat, duit yang nak jadi darah daging patut jelas kesuciannya…utk diri sendiri jugak kans…
      .-= 1tomyam menulis diblognya tentang.. Bila Anak Bagi Nota Khas Untuk Bapa Sendiri =-.

    4. Suri says:

      salam sahabat..
      yelah.,sekali degar pun dah takut..kekadang nak je blok bila mrka ada yawaran sebegitu di FB..geraM!
      .-= Suri menulis diblognya tentang.. Argh!! Jerawat datang lagi =-.

    5. framestone says:

      Bro nak komen lebih pun xtau…. sebab xjoin yang Fb punye

      tp dari pendapat bro la kan.. if bnde yang dijadikan product untuk dijual kepada orang lain.. tidak mendapatkan apa2 faedah sekadar mendapat duit jika dijual kepada orang lain

      ianya tetap di anggap haram…

      lagi2 la jika product tersebut mmg mudah untuk dimiliki tanpa melaburkan duit tapi dijual sebagai product sedangkan pada dasarnya ianya free or dah out of date
      .-= framestone menulis diblognya tentang.. 4 Hari Tanpa Streamyx =-.

      • wanwma says:

        Urusan jual beli itu berlaku atas persetujuan dua pihak. Samada dari sudut pembeli mahu pun penjual. Jika suatu produk yang dikatakan mudah nak dapat itu tidak boleh dijual dan haram, kenyataan ini tidak tepat.

        Cuba fikir kembali kenapa org sanggup membayar untuk mendapatkan segelas air teh? Adakah air itu begitu susah nak buat? Adakah air itu tak out of date? So, adakah jual air itu haram?

        Kadang2 urusan jual beli bukan berlaku kerana produk itu sendiri, tetapi ia juga disandarkan pada usaha yang dilakukan oleh penjual. Mungkin produk yg dimaksudkan senang nak dapat, tetapi bagi mereka yg tidak tahu, produk itu sukar utk diperolehi. Mereka sanggup membayar kepada sesiapa yg sanggup berikan produk itu kepada mereka dgn mudah.

        Di sinilah berlakunya urusan jual beli..tidak timbul soal kerana ia mudah didapati dan out of date ia haram dijual. Jika begitu setem, wang, dan barang2 antik/lama yg dijual semuanya haram…tak boleh la macam…

        • framestone says:

          bro tidak menyatakan barang seperti setem, wang mahupun barang antik adalah out of date…

          ini kerana ianya mempunyai nilai (value). Tidak kisah 10 tahun lagi mahupun 100 tahun lagi

          maksud Bro

          satu product yang tidak relavent untuk diniagakan seperti free trying, product yang sekadar demo (nak full kne beli) ataupun product yang hanya version 1.0 (sedangkan pasaran dah sampai version 3.0 mahupun 10.0)
          .-= framestone menulis diblognya tentang.. Tarikh 3hb 3 Pukul 3.03PM =-.

    6. Papa-Roq says:

      Dari soal agama, PR tak boleh lah komen… mesti respek sama ahli ugama. Biar ustaz2 yg beri pandangan. Tapi, kebanyakkan program2 yg di pok pek kan di FB tu sebenonya bersifat ponzi scheme yg mana selagi ada org join, selagi tu lah ada org buat duit! So in the end ada yg kemponan jang, maka PR anggap kes penipuan juga lah… My 5 sen duit malaysia….
      .-= Papa-Roq menulis diblognya tentang.. Tabiat Dan Undang-Undang =-.

    7. Suri says:

      salam..dok..tapi suri nak duit juga..hehe
      .-= Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) =-.

    8. samdaddycool says:

      Kalau dah baca penerangan Ustaz Zaharudin tu, harap-harap kita sedar dimana nilai wang yang bakal kita dapat daripada program ni. Wang tu hanyalah mainan dunia, pastikan yang halal masuk kedalam perut, supaya daging kita tak dijamah api neraka di akhirat kelak.
      .-= samdaddycool menulis diblognya tentang.. #@%*&!* …. ptuiii… Kurang ajar!!! =-.

    9. AnnYa says:

      Salam…. very nice entry… i like it very much.. actually, just read ur blog… dlm fb tuh, byk prog2 cmni. login fb dpt 100, unstoppable la… sy prnh t’join dlu…. sbb tgh srbut… heheehe… mmg la de bg brg… tp dorg x prnh citer detail psl produk dorg tuh…. then, i know my mum x suke bnde2 cmni… trus, sy tarik diri… lps tuh, mule pkir balik…. dorg ni x prnh full story… kalu nk taw pn, kne byr dlu (kne join la)… mcm sistem MLM… tp dorg mngaku yg dorg x bwt sistem tuh…. mcm2 ag la yg bley timbul kn kemusykiln… sy pn mkin heran…. sy x kish psl duit sy yg dh dikire ‘burn’ tuh…. thank god sbb Dia sdar kn sy sblom sy proceed bwt bnde2 tuh… bru join je… sush bile sumber x halal nie…

    10. iedan86 says:

      Assalamualaikum WanWMA,

      Saya nak bertanya adalah salah disisi agama kalau kita menjalankan perniagaan yg menggunakan sistem autoresponder yg menghantar/memujuk pelanggan.

      Kalau pelanggan setuju utk join perniagaan adakah sah perniagaan itu, sbb autoresponder (third party) yg menjalankn kerja. Kita tak tau pon.

      • wanwma says:

        Waalaikumussalam…

        Tak salah menjalankan perniagaan menggunakan autoresponder. Autoresponder yang berfungsi itu asalnya kita sendiri juga yang tulis dan aktifkan. Cuma ia berfungsi mengikut sistem yang telah dijalankan. Ia hanyalah sebuah alat, tiada kaitan dengan akad jual beli.

        Yang menjadikan proses jual beli itu terlaksana ialah apabila orang membayar wang dan kita menerimanya dengan menghantar produk yang telah dibeli.

    11. Mohd Raes says:

      Assalamualaikum.

      Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk dimuzakarahkan (bincang).

      Saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya kita hormati ilmu beliau. Tapi dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID) halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana ikutkan nafsu nak kaya cepat.

      Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram? atau Halal jika meyakini sumber dan masakannya halal. Jika was-was jangan makan jika yakin (bersandarkan hujah betul) makanlah tanpa was-was.

      Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA hanya pada Ustaz Zaharuddin seorang sahaja hingga hujahnya menurup pintu perbincangan hingga hujah Ulama lain tidak boleh diguna pakai?

      Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber? Ustaz Zaharuddin ada fakta digunakan untuk mengharamkan ID tapi adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga tidak boleh dihalalkan atau ataukah ID suatu konsep salah yang boleh dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu.

      Saya tidak risau dengan program ID sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula)

      Contoh : Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu itu HARAM. Kita juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya betul kerana berdasarkan NAS yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka TETAP BETUL selagi kita melakukan sesuatu itu dengan berpandukan Ulamak dan bukan suka-suka kita.

      Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat.

      Kesimpulan

      1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.

      2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.

      3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.

      4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat.

      BUAT KALAU YAKIN… DIAM KALAU TAK PASTI…

      ~ satu persoalan.. bagaimanakah pula sistem pelabuaran,saham?? adakah ijab kabul@jula beli dgn prodak??
      ~ sebenarnya sistem ID ni bukan untung hasil prodak.. tp hasil perkhidmatan..

    Leave a Reply




    If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

    CommentLuv badge

    Switch to our mobile site